FAIRPLAY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FAIRPLAY

Kegembiraan Kita Bersama Selamanya...
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Kisah Cinta 100 Hari

Go down 
AuthorMessage
No-Limit

No-Limit


Posts : 8
Join date : 09/05/2009

Kisah Cinta 100 Hari Empty
PostSubject: Kisah Cinta 100 Hari   Kisah Cinta 100 Hari Icon_minitimeSat May 09, 2009 10:34 am

Salleh dan Salleha sedang
duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang
langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda
ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “

Salleh
: ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle,
masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan
berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “

Salleh : “Errr? Permainan apa? “

Salleha
: “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi
kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “

Salleha
: ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari
ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “

Salleh
: ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love
Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr
best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “

Salleha : “OK
sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr…
agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh
dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa
hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli
sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka
pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang
sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan
untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan
duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan
mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain
bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana
tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan
Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak
Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit
yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk
menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan
suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang
langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan
suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh
menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh.
Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul
dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh
terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup
lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha
menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s
Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan.
Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk
permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata
biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player
untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di
Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak
Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang
peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang”
kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh
mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru kelihatan
sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan
sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan,
merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki
mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin
berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang
jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama
jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh
memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil
berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di
sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh
sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga.
Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh
dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “

Salleh
segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas
terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah
darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan
dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan.
Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik
kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh
bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor
Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia
masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput.
Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “

Doktor Zuhana
memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan
Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha.
Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan
Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali
dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di
hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian
dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke
100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah
ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak
dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa
kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah
jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha
untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak
meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari
kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam
( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati
dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau
juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang
padamu.

~ Terima kasih kepada insan yang sudi menterjemahkan cerita ini….

Kisah Cinta 100 Hari Sparkleed0~*( FAIRPLAYCrewz )*~Kisah Cinta 100 Hari Sparkleed0
Back to top Go down
 
Kisah Cinta 100 Hari
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jika Aku Jatuh Cinta Lagi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FAIRPLAY :: Umum :: CINTA?GOSIP?PANAS?Layan...-
Jump to: